Ayam Bismi 12 FFC POTONG 12 – JCOM Frozen
PERCUMA HOME DELIVERY sekitar Batang Kali bagi pembelian bernilai lebih RM80 BELI SEKARANG!
icon-search
icon-search
  • ayambismi_potong12.jpg
  • kilang_ayambismi1.jpg
  • kilang_ayambismi2.jpg
  • kilang_ayambism3.jpg

Ayam Bismi 12 FFC POTONG 12

RM 23.00
- +
icon-cart Add to Cart
Home

Seekor ayam sejuk beku yang siap dipotong 12 dan dicuci. Berat bersih 1.3-1.4 Kg.

✅  Siap dipotong 12
✅  Sudah dicuci
✅  Tanpa suntikan Hormon & Pembesaran
✅  Ternakan dari ladang Muslim 100%
✅  Diiktiraf Halal JAKIM

Ayam Bismi menjalankan aktiviti memproses dan menjual ayam segar sejak 1988 dan pada 1994, Bismi Cergas Sdn. Bhd. ditubuhkan untuk mengambilalih aktiviti memproses dan menjual ayam secara sistematik.

Ayam Bismi terus berkembang dan pada  2009, ditubuhkan sebuah lagi anak syarikat, Ayam Bismi Sdn. Bhd. bagi mengendali sepenuhnya aktiviti memproses ayam di kilang selain sebagai medium penggerak kepada pemasaran di bawah jenamanya.  

Kapasiti memproses ayam di kilang ini pada awalnya hanya  3,000 ekor sehari namun dengan kemajuan teknologi serta tenaga kerja sedia ada, kini mampu memproses 15,000 ekor sehari. 

Selain itu, Ayam Bismi mempunyai rumah sembelihan yang berstatus HALAL JAKIM serta memiliki sijil MESTI yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sekaligus menjadikan jenama Ayam Bismi sebagai produk Ayam Halal di Malaysia.

Secara khususnya, produk utama Ayam Bismi adalah ayam segar yang dipasarkan di Pusat Jualan Utamanya di Simpang Empat Kangkong, Alor Setar dan 15 outlet di Kedah dan Perlis. Namun seiring peredaran masa, produk Ayam Segar Beku (FFC) yang lebih mesra pengguna juga diwujudkan dan diedarkan melalui sistem ejen dan stokis seluruh Semenanjung Malaysia. 


Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.