PERBEZAAN LAMB & MUTTON – JCOM Frozen
PERCUMA HOME DELIVERY sekitar Batang Kali bagi pembelian bernilai lebih RM80 BELI SEKARANG!
icon-search
icon-search

PERBEZAAN LAMB & MUTTON

PERBEZAAN LAMB & MUTTON

Pernahkah anda pergi ke pasar raya ingin mencari lamb untuk barbeku atau sebagainya tetapi anda akan jumpa dua jenis kambing dan juga berlainan harga? Anda akan rasa keliru nak pilih yang mana satu dan juga harga yang berbeza.

Mana satu nak beli? Yang mana sedap? 

Jangan risau bukan anda sorang sahaja yang merasa begitu. Lagi-lagi buat para suami yang baru berjinak-jinak membeli barang dapur. Hehe.

Ramai pernah dengar istilah ini dan digunakan dari masa ke semasa tetapi ramai masih keliru dengan makna sebenarnya. “Lamb” dan “Mutton” adalah istilah yang kita sering gunakan untuk kambing yang sering diguna dan bertukar-tukar. 

Jadi …..

Apakah perbezaan “Lamb” dengan “Mutton”?
Dalam Bahasa Melayu, kedua-duanya membawa maksud kambing. Namun terdapat julat perbezaan besar terhadap kedua-dua istilah ini. Ramai yang menyangkakan kedua-dua ini adalah nama yang berbeza bagi daging yang sama.

Walaupun ia seperti masuk akal kerana kedua-duanya adalah kambing, perbezaan utama kedua-dua daging ini adalah usianya. Dan kalau anda nak tahu usia haiwan memberikan perbezaan besar dari segi rasa dan juga kelembutannya.

Lamb
“Lamb” adalah  istilah yang digunakan merujuk kepada anak kambing yang berusia kurang dari setahun. Ia biasanya disembelih  ketika berusia diantara 4 -12 bulan. Apabila dagingnya di proses di bawah usia setahun daging kambing itu akan menjadi sangat lembut apabila dimasak dan kurang lemak. 

Dari segi warna ia lebih cerah bermula dari merah jambu kepada merah pucat. Dari segi rasanya pula, “Lamb” mempunyai rasa kambing yang sederhana menjadikan ia sangat serbaguna kerana tidak terlalu kuat. Dari segi harga pula “Lamb” biasanya lebih mahal daripada mutton disebabkan oleh kualitinya. 

Mutton
“Mutton” adalah istilah untuk kambing biri-biri yang dewasa, berusia lingkungan satu tahun dan ke atas. Ia biasanya disembelih antara usia 2 hingga 3 tahun. “Mutton” mempunyai warna merah yang pekat dan lebih gelap. Tekstur yang lebih kenyal dan mengandungi peratusan lemak yang lebih tinggi berbanding “Lamb”.  Bahagian yang paling popular adalah bahagian kaki dan bahu, namun dagingnya yang agak liat memerlukan anda untuk merebus bagi melembutkanya. 

Dari segi rasa pula, “Mutton” memiliki rasa kambing yang sangat kuat membuatkanya kurang popular di negara seperti Amerika Syarikat. Bagi mereka yang tidak biasa dengan daging kambing, mereka harus membiasakan diri dengan rasa dan baunya terlebih dahulu sebelum dapat menikmati daging “Mutton”.

Kesimpulan 

Jika anda pergi ke pasar raya untuk membeli kambing ataupun anda pergi membawa keluarga anda makan di restoran sudah tentu anda tidak akan dapat membezakan sama ada ia benar-benar “Lamb” melalui warna setelah ia dimasak. Kalau kat pasar raya dah ada dah tulis dekat tanda harga. Anda boleh tengok dari segi warna dan peratusan lemak pada produk tersebut. 

Untuk yang pesan “Lamb Chop” di restoran, anda akan dapat mengetahuinya dari segi bau, teksturnya serta rasanya apabila makanan sudah dihidang di depan anda. Jika daging tersebut agak liat dan mempunyai rasa kambing yang sangat kuat kemungkinan besar ia adalah “Mutton” dan bukannya “Lamb” tetapi bergantung cara memasak kerana ia juga mempengaruhi tekstur daging.


Produk di #kedaijcom menggunakan Lamb dari Australia dan juga New Zealand saja. 😋

Jom dapatkan segera pilihan hati anda hanya di Kedai JCOM Batang Kali! 😍

#jcommartmart #batangkali #meatlab #menate #pakmatwestern #drdaging #Mrkiwi #kambingperap #marinatedlamb


Older post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.