
Kami Percaya, bila disebutkan daging harimau menangis anda akan terbayang isu hakcipta yang heboh sekitar 2 3 hari ini.
.
Tapi rasanya masih ramai belum mengetahui daging harimau menangis ini. Rata-rata kalau disebutkan Daging ini, mesti dirasakan ia adalah masakan daging yang pedas sehingga boleh membuatkan anda menangis sewaktu makan.
.
Sebenarnya daging harimau menangis ini ialah daging brisket atau daging dada lembu. Ia bukan daging pada bahagian Striploin (Batang Pinang Atas) atau Tenderloin (Batang Pinang Bawah)
.
Kebanyakan rakyat Malaysia mengenali daging Batang Pinang merupakan daging yang paling sedap dan lembut untuk dimasak atau dibakar.
.
Tapi Daging Brisket (Harimau Menangis) ini mendapat nama disebabkan oleh kesedapan yang tidak terhingga. Ia bukan disebabkan kesusahan harimau untuk mendapatkan daging ini sehingga menangis.
.
Sebagai info, daging harimau menangis ini boleh didapati pada seekor lembu sekitar +6kg sahaja dan sukar untuk dapatkan daripada pasaran tempatan.
.
Jadi, boleh lah kot kita katakan Daging Harimau Menangis hak milik asal adalah lembu bukan pada masakan atau sesiapa.
.
Sumber : Zul Haji Rahim (Abama Ujang)