BETUL KE KAKI AYAM MENGANDUNGI KOLAGEN? – JCOM Frozen
PERCUMA HOME DELIVERY sekitar Batang Kali bagi pembelian bernilai lebih RM80 BELI SEKARANG!
icon-search
icon-search

BETUL KE KAKI AYAM MENGANDUNGI KOLAGEN?

Betul ke kaki ayam mengandungi kolagen?

Ya, betul. Kaki ayam sememangnya mengandungi kolagen lebih dari 20% kolagen. Namun, kebanyakkan kolagen ini akan ternyahasli (denatured) membentuk GELATIN jika mencapai suhu 60-65 degree Celsius. Memandangkan suhu memasak kaki ayam yang pastinya mencapai tahap air mendidih (lebih dari 100 degree Celsius disebabkan sifat colligative) maka sudah tentulah kolagen telah bertukar kepada gelatin. Adalah kolagen yang tinggal pada bahagian tulang rawan tu. Namun, daya serapan badan pula sangat-sangat rendah.

Jadi elok ke tidak gelatin ini?

ELOK. Walaupun gelatin dikategorikan sebagai protein kualiti rendah kerana kandungan amino asid utamanya telah termusnah (denatured), namun kajian saintifik telah membuktikan pengambilan gelatin mampu menumbuhkan rambut dan kuku, merawat penyakit sendi termasuk osteoarthritis.

Namun, berpada-pada juga untuk mengekalkan keseimbangan bahan kimia dalam badan. Ingat, segala yang berlebihan itu berpotensi menjadi mudarat.


Tadaa!! Bihun sup kaki ayam untuk makan malam kami. Saya campur semua supaya anak-anak dapat khasiat dalam supnya.

Jom makan kaki ayam!! 😁

ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Penggemar Kaki Ayam



Older post Newer post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.