BEKU ITU SEGAR – JCOM Mart
PERCUMA HOME DELIVERY sekitar Batang Kali bagi pembelian bernilai lebih RM80 BELI SEKARANG!
icon-search
icon-search

BEKU ITU SEGAR

MENGAPA AYAM DR ZAINOL SEGAR BEKU LEBIH SEGAR DARI AYAM SEGAR TIDAK BEKU? 

"Kenapa perlu beli ayam segar beku, kalau dah ada ayam segar di pasaraya dan kedai runcit?" 

Itu persoalan yang selalu berbangkit dikalangan pengguna.

Bagi kami terpulang kepada kehendak & kepekaan masing-masing, cuma sebagai info penting untuk anda, kami senaraikan kenapa Ayam Dr Zainol lebih terjamin keselamatan & kesegarannya : 

1) Di pasaraya besar dan kedai runcit biasanya ayam segar diproses dan disembelih di kilang sembelihan yang sama dengan ayam segar beku, cuma bezanya ayam itu tidak dipotong dan terus naik lori sejuk dan sampai ke pasaraya. Sepanjang perjalanan itu ianya tidak beku, hanya sejuk sahaja. 

2) Berapa lama ayam tersebut berada di dalam lori tidak diketahui dan kemudian diletakkan di pasaraya ianya juga tidak beku hanya sejuk atau separa beku serta basah. Keadaan begitu memudahkan ianya tercemar kerana banyak tangan memegang ketika memilih. 

3) Ayam segar beku lebih selamat dari pencemaran kerana ia terus dibekukan dalam boost freezer yang sangat sejuk dan ambil masa beberapa minit sahaja untuk dibekukan. 

4) Ayam segar beku, semasa dipindahkan ke lori juga ia dalam keadaan beku sepenuhnya hinggalah dijual di kedai juga dalam bentuk beku dan pembeli tidak memegang ayam itu secara terus kerana ia dalam keadaan beku dan sudah di dalam pek. Dengan sebab itu ianya terhalang dari pencemaran oleh tangan pembeli. Ini mampu menghalang pencemaran yang mungkin berlaku pada ayam segar tidak beku dan yang tidak siap dipotong. Maka sebab itu, kami amat berasa syukur dapat menyediakan ayam segar, bersih, halal dan lebih terpelihara dari pencemaran di pelbagai peringkat proses hinggalah ke meja jualan. 


Harga mungkin sedikit lebih mahal kerana perkhidmatan yang disediakan kerana ianya sudah siap dipotong dan dibersihkan serta dibungkus kemas dan mudah disimpan dalam peti ais rumah dan dalam masa yang sama ianya amat mudah dilembutkan. 

Ayam Dr Zainol, Nyata Berbeza, Dah tentulah Halal!



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping